Kelebihan Emas berbanding matawang...

28 Nov 2011


Kelebihannya Banyak! antaranya adalah:


Sukar Diperolehi - Sememangnya emas amat sukar untuk diperolehi. Ianya adalah sumber mineral dari hasil perut bumi dan ianya tidak boleh dicipta untuk menambah bilangan emas. Senang cerita ianya bukan barang yang boleh dibuat, dihasilkan dengan kepandaian manusia melainkan hanya untuk memproses untuk menjadikan ianya produk emas. 


Tidak Boleh Dibinasakan - Sebagaimana sukar untuk memperolehinya, begitu juga dengan kesukaran untuk memusnahkannya. Adakah emas boleh dibakar dengan suhu panas biasa? Adakah ianya larut di dalam air? Adakah emas luntur warnanya? Tidak bukan... Jadi ianya terbukti tahan dan kalis musnah.


Warna Kuning Keemasan - Lagi.........
Lihat sahaja warnanya ianya sudah melambangkan kemewahan. Bahkan Raja-Raja pun banyak menggunakan warna kuning emas ini sebagai tanda kedaulatan dan kekayaan negeri.
Harga Emas Yang Meningkat - Seperti yang saya dah cerita tadi harga emas akan meningkatsebanyak purata 40% dari tahun ke tahun. Tak percaya boleh Google!


Baca selanjutnya.....


Read more...

Memotivasikan diri - Usaha yang berterusan

26 Nov 2011


Hai, terima kasih kerana luangkan masa dengan blog ini, perkara utama yang perlu kita fikirkan sentiasa adalah bagaimana nak motivate diri kan? Iya kan?....tetiba je rasa malas nak kerja... atau rasa bosan, buat tak buat, hasilnya masih sama kan? Tanggapan begitu tidak tepat sebenarnya kerana hasil dan produktiviti akan jadi lemah...balik-balik kita juga yang salah nanti.... jadi kawe (saya in Kelantanese..because i'm kelantan warrior) nak berkongsi mengenai motivasi untuk berjaya. Tak salah kongsi ilmu kan... Try tengok ni:

  • Jadi yang TERBAIK! - maksudnya cam BoBoiBoy, cuba buat kerja atau usaha yang bersungguh-sungguh, hasil penat lelah anda pasti mendapat pulangan lumayan. Insya-Allah.
  • Jangan suka Bertangguh - perangai ni kena ubah, kalau masih ada sikap ni..sila buang jauh-jauh, dah nak berjaya jangan la malas sangat sampai usaha takda, camne nak menang! Usaha Tangga Kejayaan.
nak lebih lanjut, Klik sini >> sumber ilmu <<  ( kawe copy dari situ jer!, TQVM)



Read more...

Tahniah Skuad Bolasepak B-23

21 Nov 2011

JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.
Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.
Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan. Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.....

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP